Thursday 23 August 2012

Kampung Boy

And yes!, tidak seperti sesetengah orang lain, aku bangga untuk menggelar diri aku sebagai anak kampung(kurliass!!), atau secara kasarnya budak kampung. 
Hallo!!(gaye annoying. . .)

Setelah bertahun-tahun tinggal di bandar Kuala Lumpur yang sesak, my parents dah membuat keputusan yang telah mengubah cara hidup kami kini. Setelah abah pencen, kami membina rumah sendiri di atas tanah peninggalan aruah atuk belah mak aku.

 Banyak jugak konfik yang melanda, but kisah yang itu aku akan cerita upon request la(meriahhhhs!). Aku rasa orang-orang tua memang boleh jadi migrain kalau duduk di bandar yang sesak (setuju ke tidak!), and memang kena pakai banyak duit. Nak buat itu ini very the pakai duit. segala-galanya pakai duit yang banyak. 

Tapi nak dipendekkan cerita aku pun bukan lah anak jati kampung aku ni sangat, dah aku menjelajah disebabkan belajar (bajet luar negara!! rejamm!). duduk asrama, balik rumah kejap-kejap je. that's why la aku takde sangat kawan kat kampung ni (matilaa taknak kawan ngan budak kampung! grannndddd-z!!!). bukan ape, tak kenal lah, dan aku bukan jenis tegur orang sangat(matilaa sombong!!).

 Oleh sebab takde kawan, maka, raya tahun ni and sebelum ni, memang boring nak mamps la. tapi nasib baik ramai saudara-mara yang datang ziarah(orang2 bandar uolss). yelah sebab kira dorang tu balik rumah aku ni balik kampung la, raya kat bandar mana ada feeling, bandar mati.

Rumah yang abah bina agak besar la, syukur alhamdulillah, rezeki lebih (katenyer nak besarkan lagi, bungalow 1 tingkat katenyerr~). Aku pun suka, abah aku ni agak artistik tau. pandai menghias bagai. (komando, kau hadoo!). corak kat rumah and cat apa yang perlu dipakai semua idea dia(meletopzz!!). 




Tudiaahh rumhnye, biru duyung uolss.




Itu motor aku dan ayah aku, sape nak race, koling2.
aku punye yang hitam. >.<
Bajet professional photographer katenyerr!

Nak jugak close-up!!

Kolam ni banyaknye aku yang siapkan, tapi ikan kap dah kejung(mati) sebab
mak aku terlupa tutup air paip mase isi, keracunan chlorine, Meriahhhss!!!


Ini dia pokok anggur ayah aku tanam. Kau Hadoo!!
tapi x berbuah lagi.

tinggal di kampung ni, macam2 boleh buat tau. suka hati lah kau nak buat apa, bebas sikit, nak menanam, nak mencangkul, nak menuai(eh?) pun boleh. yang pokok2 bunga tu mak aku la yang gegeh menanam. My mom suka sangat hias menghias. Grandzzz ke tidak!! dibelakang rumah aku tu ayah aku pulak gegeh mengerjakan ayam kampung. yang daging ada, yang telur pun ada! (mampuuu ke tidak!!). inilah yang dikatakan jimat berganda, dan au naturale~ kata kau. . Double the benefits, daging ayam kampung sangat Vassttt! sedap and pekat rasa ayam, tak macam ayam daging, aku macam gigit kapas, very the boring to chew! 
Tudiahh ayam telur, sehari sebiji sekor. bila berletur je,
terus bergolek2, then kitorang pun Grabbb! la

'Kitorang Meriahhs ke tidak!!'

Ini dia ayam kampung daging. woot2! nak makan je sembelih, kau hadoo!
In addition, kat kampung, you don't have to worry bout the traffic jam. no traffic, and thats why ramai mat2 rempit berasal dari kampung, ye ke tidakk? 

Pastu kalau ade yang tak sempat mandi tu, boleh teruss terjun ke parit. senang dan free. 

Rumah aku ni berhampiran pantai tau. nenek aku kalau boring kadang2 dia ajak kitorang sekeluarga pergi ke pantai tersebut (meriaaahhss!). 

Pantai ni bukanlah semegah PD mahupun Langkauwe, air dia cam air teh, keruh. Oleh sebab itulah banyak kerang, lala, remis mudah didapati. nanti aku cerita pengalaman aku turun ke pantai untuk menjadi nelayan cemerlang dan pencari kerang yang gemilang(cari kerang meraba-raba guna kaki je uolss, hadoo? mampoo?).

 memang best la tinggal kampung ni, akhir kata aku rasa di masa hadapan bila aku dah tua nanti, mesti aku mahu juga tinggal di kampung, barulah Meriahhhss!



Meriahhhhs ke tidakk!!
Beta nak tau! umphh ke tidak!!







No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Sama2 datang lagi....

Tak meriahhhhhhzz pantun!