Wednesday 29 August 2012

Free Ninja turtle 'Post-title'



Korang tahu kan post-title tu ape? Tajuk post la, so sape2 yang boring ngan die punye corak kotak2 post-title die, dan nak try tukar, boleh lah 



Tuesday 28 August 2012

Alhamdulillah



Pandai sikit dah aku bab2 edit HTML blogger ini (Alhamdulillah). Penat kepale otak tengok 

banyak sangat code-code ni. 

Serabut, but then i made it! Inilah dia Template yang telah di canai oleh aku. 

Tapi template ni pun bakal 

berubah sebab aku akan mencanai HTML blogger aku lagi. haha.

Sunday 26 August 2012

Segmen: Blogwalking dan Bloglist Miss Z








Motip tiba2 join, well just join for suka2!

p/s-Miss Z, dah lama baru ada salam lebaran ka? hew3! and i x tahu how to create bloglist? sentap?

Meriaaahhhhhhhzzzz!
LEULZZZZZ!!!

Saturday 25 August 2012

My weird sense of humor

Siapa saye? click here



Seperti yang dirancang, entri kali ni berkisar tentang 'aku punya kepelikan terhadap lawak'.(susah beno nak translate, siapa tahu? help me!).

Tapi sebelum tu. . .

Cuba korang pejamkan mata, bayangkan korang berada di tempat ni, rasakan kesejukan yang bermain di jari  jemari  korang, kesegaran menghirup udara sejuk, tarik nafas perlahan-lahan dan lepas. 

sambung. . . .
My weird sense of humor


  • entri ini untuk memastikan aku ni manusia normal yang takde penyakit mental dan sewaktu dengannya. 
























Camni.

Seperti kebanyakan manushia lain, aku suka menonton cerita-cerita lawak yang ada di kaca tv macam 'Raja lawak', 'Maharaja lawak', 'super spontan', 'how i met your mother', 'the nanny', 'Hot in cleveland', 'Malcolm in the middle'(miss this one!),'senario episodes' dan yang terbaru 'Karoot komedia' dan macam2 lagilah rancangan2 lawak yang popular ituh (matilaa banyak komedi inggerish, omputih sgt!). 


Voguedevasstttt! ade umphh!

Aku memang very the suka cerita2 lawak yang macam ni sebab boleh lepas tension, betul ke tidak!!!! Tapi tak lah sehebat minat aku terhadap cerita2 sains fiksyen macam u know laa~ (tettt, lari entri!!).


Tapi yang hairannya, aku jenis yang tak gelak bila orang ramai sebok dok gelak kuat2 aku just dalam hati cakap 'lawak ke?(muka annoyed). 


'ermm, dia buat lawakkah? pikir jap.. . .

tapi bila sampai part yang orang tak gelak tu, aku akan merasakan lawak selingan dia lagi lawak dari lawak dia yang utama tu (byknye 'lawak', rejammmmzz!), yang ni aku bercerita pasal stand-up comedy la (yang org berdiri atas pentas dan buat lawak). 

bagi aku, lawak2 yang dirancang tu macam aku boleh agak apa dialog yang akan pelawak tu cakap. ada tak orang macam aku? angkat tangan please!! sebab bagi aku macam boring dan tak nampak au naturale~. Macam dirancang, 

i know la memang dirancang kan, tapi biarlah nampak macam kau spontan sikit, baru la very the au naturale~.baru gempak! macam jozan(lawak ka depa ni??hehe).

macam dalam cerita 'Hot in cleveland', nenek tua(betty white) dalam cerita ni adalah contoh pelawak yang tersangat-sangat lawaknya sampai aku gelak tak berhenti. sangat au naturale. Vassttt! (pergi google cepat!) 

dia tak perlu berpura2 buat lawak, just like that(petik jari). tapi lawak. tak payah bersusah payah. just 2 3 ayat je dah menggeletek punggung(eh?).kan? 

Dan aku juga jenis yang tengok pelawak dia dulu, tak kisah lah kawan ke, pelawak tv ke, stranger ke, senang cerita siapa2 la.

 kalau aku dah menyampah dengan orang tu, lawak dia yang segempak dewa pun aku buat muka tongkek ayam(camne tu? cuba korang try). yelah, dah menyampah, nak dengar lawak dia pun aku malas. korang pun macam aku kan? lagi2 lawak yang entah pape, yang dibuat2. over konfiden bagai. Kosser! (macam N*bil,but now dah ok sikit)

Mungkin aku jadi sedikit pelik macam ni sebab sedikit menyampah dengan perkembangan pelawak malaysia, i mean mungkin bukan salah dorang, just progress dia tak sehebat luar negara. 

Macam america, thailand pun lawak tau! indonesia aku x masuk sangat, kosser pekat sangat bahase, nak gelak pun macam 'hehehehe' jelah.kennzzzzz. 

Pelawak2 sangat diangkat diluar negara, but here, lil bit sad, but now i see a lot of progresses. 
Meriaahhhhhss! tapi ada juga lawak bodoh.kennzzz?

All in all, yang menjadi kehairanan aku, kenapa movie2 lawak melayu di pawagam lawak2 nya agak cliche? sangat2 basi, lemau, berulang2 dan sangat dibuat2. Macam s*nario the movie. bazir duit je pergi pawagam. kan? Tapi cerita2 kat astro lawak dia, Vaastttt! gempak!!. memang buat duit betul astro ni. congratezz!!
Sekian.

UMPHHH ke tidak!!
LeullllZZZZ!!!

Entri akan datang, click 'Very the NEXT-->'

Thursday 23 August 2012

Ambition





What a boring title isn't it? But i bet you that a lot of things that we can chit chat about. Semasa aku busy memberus gigi pagi tadi, terus aku terpikir, cita-cita aku dulu sangat berbeza dengan apa yang aku jadi sekarang. 

back then when i was in primary school, teachers asked me what is my ambition, then without any hesitation i quickly answered 'saye nak jadi doktor!!!'... 

Dan kalau tidak salah, masa sekolah rendah dulu, ade borang tentang cita-cita. 3 jenis cita-cita yang perlu di isi. and guessed what? i filled all with 'Doctor'... hahaha.. 
EHHHHH!!!!

i still remember it because i felt awesome that time. Siapa je yang akan buat begitu (matilaa besar kaplaa!)? kennzz? Ada yang nak jadi saintis la, ada yang nak jadi tentera la (eh? kenape aku tak pilih yang ni?), ada yang nak jadi polis, bomba and all that cliche ambition(if u know what i mean~). 
Inspector A melaporkan!

Dah itu je cikgu ajar, polis askar bomba, polis doktor cikgu, semua di ruang lingkup yang sama. what a disorder kennzzz? someone have to change this! like NOW!... 

tapi semakin lama kita membesar semakin lain yang jadi, kita terdedah dengan pelbagai benda, jadi doktor haiwan la, nak jadi pakar hutan, tanah, arkeologist, pathologist, dan segala logi yang kita not used to heard before. araite? 

Dan masa membesar tu aku tetap nak jadi seorang doktor, tapi kan, cita-cita ni biarlah serasi dengan apa yang kita mampu (mampu ke tidakk!!), kalau kita lemah dalam pelajaran, macam mana nak capai cita2 tu kan? kelangit la uolss. . . 

Jadi nak dipendekkan cerita, aku punya result setelah melalui pelbagai peperiksaan yang memecahkan kapla, bolehlah nak jadi seorang doctor. Alhamdulillah. 

But the sad part is, there's to much obstacles and i drop my doctor-wannabe journey(nangesss ='( ). Itu aku cerita-merita nanti. upon request la(bajet padiaa, hengat artis?).

 Masa tu ada la jugak dapat tawaran ke luar negara, nak jadi biologist uolss. Tapi i know, i know i can't do it that time, family first katenyerr masa tu. So i stay and i choose a course that already change my life! 
menyusukan anak jap.. 

Baik dari segi ilmu yang ada, pandangan dan cara pemikiran, semua berubah, but still kos yang berkaitan dengan sains la. hehehe. But its awesome la and damn-hard ofcourse. 

Kuliahnya sangat memboringkan and i slept all the way. teheee. yup! masuk kelas, if things get boring, i sleep la. that's my style. Bagi aku kalau kau dah mengantuk, tak perlu terhangguk-hangguk tahan mengantuk, menganggu tumpuan orang lain dengan 'zikir' kau tu. 

just lay down ur head and sleep(tadaaa~). This is university, not a school anymore. But only applicable if the lecture jenis yang 'lantak-kau' well said. . Ok, berbalik kepada cita-cita . Cuba baca quote ini :-

"Intelligence without ambition is a bird without wings." -Salvador Dali 

Kepandaian tanpa cita-cita macam burung tak berkepak. Jika hidup tanpa cita-cita maknanya kita ni bagaikan orang mabuk terhuyung-hayang, tidak tentu arah. boleh mati, boleh terduduk, boleh terlanggar, boleh tersepak, and macam2 uncertainty la senang cakap. 


We must and we should know what we wanna be, kita perlu berazam. dengan azam itulah kita akan capai cita2 kita (veranganzz Dr fadhilah kamsah!). So, kalau takde cita2, meaning that you don't have to live ur life la. tiada hala tuju, tiada azam, no nothing! (tudiahh motivator x veringatt!!). 

In the nutshell (what a cliche. . =.=), kita perlu berdoa kepada tuhan agar di murahkan rezeki,yelah ada yang lagi selangkah nak capai cita2 dorang but then the fail at the final step, itu yang kita panggil tiada rezeki, kita perlu berdoa, mintak macam2, semua takdir telah pun tertulis kita akan jadi siapa di masa hadapan. 

Yang penting, apa pun yang kita citakan kita perlu berazam untuk kecapinya, dan bila kita jatuh, azam kita lah yang membantu kita berdiri semula, dengan pertolongan tuhan, insyaAllah semuanya akan menjadi. Amin. (wow, feeling2 pak lebai!!)

Leullllzz!!!
Kita sendiri yang menentukan kita akan jadi apa.
U rule yourself! 

Kampung Boy

And yes!, tidak seperti sesetengah orang lain, aku bangga untuk menggelar diri aku sebagai anak kampung(kurliass!!), atau secara kasarnya budak kampung. 
Hallo!!(gaye annoying. . .)

Setelah bertahun-tahun tinggal di bandar Kuala Lumpur yang sesak, my parents dah membuat keputusan yang telah mengubah cara hidup kami kini. Setelah abah pencen, kami membina rumah sendiri di atas tanah peninggalan aruah atuk belah mak aku.

 Banyak jugak konfik yang melanda, but kisah yang itu aku akan cerita upon request la(meriahhhhs!). Aku rasa orang-orang tua memang boleh jadi migrain kalau duduk di bandar yang sesak (setuju ke tidak!), and memang kena pakai banyak duit. Nak buat itu ini very the pakai duit. segala-galanya pakai duit yang banyak. 

Tapi nak dipendekkan cerita aku pun bukan lah anak jati kampung aku ni sangat, dah aku menjelajah disebabkan belajar (bajet luar negara!! rejamm!). duduk asrama, balik rumah kejap-kejap je. that's why la aku takde sangat kawan kat kampung ni (matilaa taknak kawan ngan budak kampung! grannndddd-z!!!). bukan ape, tak kenal lah, dan aku bukan jenis tegur orang sangat(matilaa sombong!!).

 Oleh sebab takde kawan, maka, raya tahun ni and sebelum ni, memang boring nak mamps la. tapi nasib baik ramai saudara-mara yang datang ziarah(orang2 bandar uolss). yelah sebab kira dorang tu balik rumah aku ni balik kampung la, raya kat bandar mana ada feeling, bandar mati.

Rumah yang abah bina agak besar la, syukur alhamdulillah, rezeki lebih (katenyer nak besarkan lagi, bungalow 1 tingkat katenyerr~). Aku pun suka, abah aku ni agak artistik tau. pandai menghias bagai. (komando, kau hadoo!). corak kat rumah and cat apa yang perlu dipakai semua idea dia(meletopzz!!). 




Tudiaahh rumhnye, biru duyung uolss.




Itu motor aku dan ayah aku, sape nak race, koling2.
aku punye yang hitam. >.<
Bajet professional photographer katenyerr!

Nak jugak close-up!!

Kolam ni banyaknye aku yang siapkan, tapi ikan kap dah kejung(mati) sebab
mak aku terlupa tutup air paip mase isi, keracunan chlorine, Meriahhhss!!!


Ini dia pokok anggur ayah aku tanam. Kau Hadoo!!
tapi x berbuah lagi.

tinggal di kampung ni, macam2 boleh buat tau. suka hati lah kau nak buat apa, bebas sikit, nak menanam, nak mencangkul, nak menuai(eh?) pun boleh. yang pokok2 bunga tu mak aku la yang gegeh menanam. My mom suka sangat hias menghias. Grandzzz ke tidak!! dibelakang rumah aku tu ayah aku pulak gegeh mengerjakan ayam kampung. yang daging ada, yang telur pun ada! (mampuuu ke tidak!!). inilah yang dikatakan jimat berganda, dan au naturale~ kata kau. . Double the benefits, daging ayam kampung sangat Vassttt! sedap and pekat rasa ayam, tak macam ayam daging, aku macam gigit kapas, very the boring to chew! 
Tudiahh ayam telur, sehari sebiji sekor. bila berletur je,
terus bergolek2, then kitorang pun Grabbb! la

'Kitorang Meriahhs ke tidak!!'

Ini dia ayam kampung daging. woot2! nak makan je sembelih, kau hadoo!
In addition, kat kampung, you don't have to worry bout the traffic jam. no traffic, and thats why ramai mat2 rempit berasal dari kampung, ye ke tidakk? 

Pastu kalau ade yang tak sempat mandi tu, boleh teruss terjun ke parit. senang dan free. 

Rumah aku ni berhampiran pantai tau. nenek aku kalau boring kadang2 dia ajak kitorang sekeluarga pergi ke pantai tersebut (meriaaahhss!). 

Pantai ni bukanlah semegah PD mahupun Langkauwe, air dia cam air teh, keruh. Oleh sebab itulah banyak kerang, lala, remis mudah didapati. nanti aku cerita pengalaman aku turun ke pantai untuk menjadi nelayan cemerlang dan pencari kerang yang gemilang(cari kerang meraba-raba guna kaki je uolss, hadoo? mampoo?).

 memang best la tinggal kampung ni, akhir kata aku rasa di masa hadapan bila aku dah tua nanti, mesti aku mahu juga tinggal di kampung, barulah Meriahhhss!



Meriahhhhs ke tidakk!!
Beta nak tau! umphh ke tidak!!







Wednesday 22 August 2012

Why now?

(dengan bangganya menggunakan separa bahasa baku, kau Mampuu?)



Selepas beberapa lama membelek-belek laman sesawang seperti blogger, tumblr, facebook, twitter, dan bermacam-macam lagi laman sesawang yang banyak memberi inspirasi dari segi pengajaran hidup, pemikiran, dan insaniah aku tertarik untuk menulis blog sendiri.
very the muka mintak tumit one

sebenarnya ini merupakan perkara yang besar dan berat untuk aku lakukan, oleh sebab untuk mengaku yang aku ni separa keras adalah amat sukar sekali. yes, sape yang nak mengaku diri dia ada kekurangan? tidak mudah kan? 


Orang yang kedekut pun susah nak mengaku yang dia kedekut. Jadi dengan terasminya blog aku ni, aku dengan ini mendedahkan yang aku ni separa keras, but that's not what i'm worried about, yang paling aku takuti orang sukar menerima diri aku ini. 

well, for those guys, i just be myself. and what's wrong with that? trololololo! abah aku seorang tentera, komando, takde pulak dia kutuk2 aku macam sesetengah orang yang bukan main mengutuk orang, 'bapok', 'pondan' and etc. 

sekali aku tumbuk muka korang, terus jadi kuih sempret. Badan aku ni orang asyik kata sasa je? aku kene bangga or segan? compliment or sindiran? Masih lagi segar diingatan aku, 

masa tu aku atas katil mengadap dinding, aku baring je tak lelap pun, then my abah came and said that really beautiful-calming sentence, 'Takpelah, biar luar lembut, dalam lelaki sejati.', terus sebak aku mendengarnya, but yet cover la, nanti jadi drama sinetron pulak. 

Sebab apa dia cakap macam tu? sebab akulah yang selalu membantunya membuat segala kerja2 berat. angkat balak, angkat simen, bancuh simen, angkut pasir, cuci itu cuci ini, hangkut itu hangkut ini. Aku memang suka tolong mak abah pun. 

rasa bersalah pulak duduk diam tak buat apa. kalau dalam rumah pulak, cuci pinggan , sapu sampah, mop lantai tu macam selalu and wajib la.. rotate la dengan adik beradik. 

Dengan bangganya aku nak beritahu yang abang aku 2 orang tentera, sorang komando, sorang engineer, dorang okay je dengan aku, sebab yes aku memang agak sopan, but then, aku tak lah tergedik2 depan dorang, dorang pun dah terima aku seadanya. Adalah dulu sikit2 konflik, but let gone be gone la. Semua orang ada kisah masing2. 

Dulu aku berkawan dengan gang2 lembut, but then, i determine to avoid this kind of thing. Ok lupakan kisah ni sebentar. nanti aku cerita-merita ok. Oh, for your information, my commando brother (angah), skarang(2012) ada dekat Lubnan, dan aku sangat bertambah bangga sebab dia dapat pergi umrah. 

Semoga dia sentiasa dilindungi tuhan. Demi untuk Berjihad, aku Berbangga untuk dia. Back to myself,, ermm, aku tak paham dengan sesetengah orang yang dok kutuk orang lembut and maki2 segala, kata aku pada orang2 macam ni, kau nak orang berubah to be like you la, gagah, but then you cerca bagai? 

kau nak org yang kau marah tu macam mana sebenarnya? org pun ada perasaan. Nak berdakwah tu biarlah dengan cara lembut sikit.. baru berkesan!. 

Tegur bukan maki, itulah kesilapan korang yang membawa kepada kebantutan aku nak berubah kepada yang lebih baik. Tapi bukan semua begitu, ada je yang okay, yang beri kata2 semangat, itulah yang aku panggil sahabat, they know what i feel. and they certainly know what I am at the first place. 

Akhir kata, bak kata org putih 'don't judge a book by it's cover'.
At pull man, 2011.


Meriahhhhh ke tidak! leulzzz. . =P

Hari Raya

it's like independent day where people have something to proud of because they are now free and won from something. 30 days in combat, ramadhan was a very blessed month where all the 'army' was tested with a big test but at the same gaining multiplied pahala.    

They can't do this and that, and their lust for food is really2 being tested.. and then here come the Hari Raya which celebrated after ramadhan.. people rushing to mosque early in the morning to perform their Hari Rya prayer... 

back in my Village, if u were late, u might have to sit at the cement floor outside the mosque with the hot sunshine. trust me, it's damn hot. After the prayer, then the most exciting moment come to an action, where the family having their 'maaf-bermaafan' session. i hate this part because i damn too fragile. i teared lil bit. hehehe. 

but that was it, nothing to be ashamed of, we all do mistake araite? it's worth tearing because Duit Raya awaits!! hahahaha... this is always being the best reason why people feel very happy to celebrate Hari Raya. For the Duit Raya ofcoz!. hehe. araite? me too =P, but only person who doesn't work and not too old get this Duit Raya (money) from whom we visit during Hari Raya... 

Rendang, Ketupat, Nasi Impit is example of the most popular food during Raya.. Sekian. (apebenda aku merepek pun aku xtaw laa... hancus karangan BI ni... lantak situ,,, law ade salah, someone gtaw yaa... )
example picture of rendang and ketupat. nasi impit on the top right 

continue:- 
Hari Raya tahun ni la paling 'lemau' sekali berbanding tahun2 lepas, aku pun tataw ape sebabnye.. x MERIAhhhhhs macam yang sebelom2 ni.. 

Tak se-Grandzz cam dulu. mungkin dah besar kot? mase kecik2 huha-huha la kan. dapat buat muke taik mintak wet raye. berkesan kot, kita tunggu je sampai orang rumah keluar bilik.. wait and see who lost in this give-and-get competition. ofcoz, i always won with my sweet face kan (matilaa kene rejamm! giddoup).. 

ade satu kali tu yang paling tak boleh dilupakan adalah rumah besar yang ade gate with the bell,,, masuk je ting tong, ting tong, cam rumah banglo. then duit raye dapat 50sen jeww,, haha.. yang kitorang bahan adelah loceng nye,, 'tingtong2 50 sen!!'.. but im not that bad i guessed.. 

sebab ade yang i nampak lagi terok, dapat duit syiling, terus campak kat jalan tar! nak aku sula budak2 tu guna terompah. tapi amalan kunjung mengunjungi oleh kumpulan kanak2 semakin pupus la. budak2 skarang tak reti nak celebrate langsung,, takde feel!! 

datang beraye naik motor? the hell is that? aku dulu jalan kaki n naik basikal, baru MERIAHHHSS!! kannnnzzz? >.< . tapi paling kesian kat emak aku yang sampai pagi menjahit baju, sampai baju aku pun takpe la aku cakap, pakai yang ade je uollsss... sebab aku x boleh laa, aku ngan hati aku yg nurani ni, fail bab2 ni. Appetton sangat kanzzz, dengan tema 'anak sape tak sayang emak'. 
Sekian. 
Me with my dad, Love him. teheeee! kat rumah arwah atuk on the last Raya.


latest picture of me during Raya 2012. not pink btw,
it's what i called not-so-happy-red.

Meriahhhs ke tidak!!

Why blogging?



  At last i've made decision to launch my own blog. after what i've read, what i've seen, what i've smiled 

about, a lot of things that have inspired me, give me the urge to start this blog. i'm bit talkative but yet 

lack in writing. My English writing is very bad, but i do remember what my English teacher had told me 

that most important thing is people understand what u trying to tell them. . . 

And yup, perhaps with this blog, i can sharpen my skill in writing. 


Teeettttttt, tipu je, aku nak mix2 la, kosser la plak nak full writing. matilaa~

"i've always asked maself why people keep blogging? is it because of the money they get by the ads and etc? is it because of fame? what and why always been lingering in my head."

A pinch of me



 I think it is compulsory for you guys to know who's the Tuan Rumah for this blog. just called me A, yup, for this beginning, just call me this alphabet (berahsia bagai…) 

well, I’m not so tall, neither too short. Comel2 giddoup (matila puji diri sendiri!!), typical Asian!! Student, 21 years old on 2012. Jurusan n U mane, itu nanti2 la ea (propagayah padia..). 

Love Gaming, I do!!! Dota is my priority, I bought a RM2900 laptop just to play DoTa. But, adelaa game2 high graphic… tu nanti la.. 

My personality? Orang kate aku lembut2 (matilah kene rejam ngan Mak!), but entah ye, dah aku mmg sopan macam ni. But taklah gedik2 cam sundells . . just ayu2, well said, I just be who I am. 

Seriously aku dah try nak berubah jadi keras ala-ala batu but it keep failing. Sedih tu, aku ngan tuhan je taw. Oh, and I do trying hard to make me more firm, law x ganas kate org, biar firm. Tegas sikit!!!.. 

so what I did n do was/is I play sport laa.. berkawan2 ngan budak2 yang bersukan, yang aktif and yang keras2 la. I do have my own target that I don’t wanna make frenz with peponens. It’s not that I hate peponens, but I just have to do what should I do in order to change myself. lagipun saye sayang Mak saye (tetiba). 

mase degree ni, banyak bergaul dengan budak2 ‘normal’ and I did change a bit, but then my personality still sesopan dulu. Korang takkan paham betape susahnya nak jadi orang lain. 

I mean ubah siapa diri kita. It’s damn hard and dun give me that’s shitty face and say ‘Senanglah!!’, ‘Kau je yg mengade2’, ‘gedik la kau’ and etc.. org2 camni mmg seriously make me feel down. Hell serious!! 

Atleast cakaplah ‘takpe, kau dah ok la, pelan2, kawan ngan aku..’… bende2 yang lembut ginilah baru menusuk kalbu. giddoup! Aku kan sensitip (yok O je..). baru aku rase selesa nak berubah (kennnn?). 

And I want to tell u guys that changing personality is different things with changing our behavior dan tidak semudah berhenti merokok, lagi susah taw. Skang ni aku rase dah macam split identity sebab ramai orang mulut2 puaka yang pressure aku. 

Hengat kau suruh aku makan gula2!!! But then, the most important thing is, I want to change myself. At least aku xlah wat bende jahat pun (nakal sikit, meriahhhsss!!).. but ofcourse it do take time kan. If i wrong. . . 

Kau suh nenek kau pakai skirt, tgk senang tak die nak pakai.. (rejammmm!!).. ahh, yang penting happy. Sukan yang aku paling suke adelah yang berkaitan ngan tangan, dah dari dulu memang kaki bangku, main bola HARAMMM x reti!, semua lah,, tapi adelah gak rase nak main futsal,, tehee.. 

aku ni cepat segan laa kat depan orang, tetibe feeling2 artis nak cover, Laha betul perangai yang camni.. entah, mesti berubah!.. Back to the sport, aku suke main bola tampar, bowling, memanah(veranganzz!!), basketball(bolehlaa,, shortty! camna), haritu main softball, mampu korang kejar bola satu padang (sujuddsss!).. 

and lastly main games, tangan gak tu,, (sport ke masalahnye laha?).. itulah dia biodata aku. But attention yaa, by this small informations it doesn’t mean that u know me already. Not even an inch (hyperboria sgt!).. and please don't judge mewithout even knowing me, coz it's harsh.

and Salam perkenalan dari sya A..
Yang dah kenal tu, senyap2 jelah xyah kecoh2 cam kak bedah.
Meriaaahhhhhh ke tidak!!!