Wednesday, 22 August 2012

Why now?

(dengan bangganya menggunakan separa bahasa baku, kau Mampuu?)



Selepas beberapa lama membelek-belek laman sesawang seperti blogger, tumblr, facebook, twitter, dan bermacam-macam lagi laman sesawang yang banyak memberi inspirasi dari segi pengajaran hidup, pemikiran, dan insaniah aku tertarik untuk menulis blog sendiri.
very the muka mintak tumit one

sebenarnya ini merupakan perkara yang besar dan berat untuk aku lakukan, oleh sebab untuk mengaku yang aku ni separa keras adalah amat sukar sekali. yes, sape yang nak mengaku diri dia ada kekurangan? tidak mudah kan? 


Orang yang kedekut pun susah nak mengaku yang dia kedekut. Jadi dengan terasminya blog aku ni, aku dengan ini mendedahkan yang aku ni separa keras, but that's not what i'm worried about, yang paling aku takuti orang sukar menerima diri aku ini. 

well, for those guys, i just be myself. and what's wrong with that? trololololo! abah aku seorang tentera, komando, takde pulak dia kutuk2 aku macam sesetengah orang yang bukan main mengutuk orang, 'bapok', 'pondan' and etc. 

sekali aku tumbuk muka korang, terus jadi kuih sempret. Badan aku ni orang asyik kata sasa je? aku kene bangga or segan? compliment or sindiran? Masih lagi segar diingatan aku, 

masa tu aku atas katil mengadap dinding, aku baring je tak lelap pun, then my abah came and said that really beautiful-calming sentence, 'Takpelah, biar luar lembut, dalam lelaki sejati.', terus sebak aku mendengarnya, but yet cover la, nanti jadi drama sinetron pulak. 

Sebab apa dia cakap macam tu? sebab akulah yang selalu membantunya membuat segala kerja2 berat. angkat balak, angkat simen, bancuh simen, angkut pasir, cuci itu cuci ini, hangkut itu hangkut ini. Aku memang suka tolong mak abah pun. 

rasa bersalah pulak duduk diam tak buat apa. kalau dalam rumah pulak, cuci pinggan , sapu sampah, mop lantai tu macam selalu and wajib la.. rotate la dengan adik beradik. 

Dengan bangganya aku nak beritahu yang abang aku 2 orang tentera, sorang komando, sorang engineer, dorang okay je dengan aku, sebab yes aku memang agak sopan, but then, aku tak lah tergedik2 depan dorang, dorang pun dah terima aku seadanya. Adalah dulu sikit2 konflik, but let gone be gone la. Semua orang ada kisah masing2. 

Dulu aku berkawan dengan gang2 lembut, but then, i determine to avoid this kind of thing. Ok lupakan kisah ni sebentar. nanti aku cerita-merita ok. Oh, for your information, my commando brother (angah), skarang(2012) ada dekat Lubnan, dan aku sangat bertambah bangga sebab dia dapat pergi umrah. 

Semoga dia sentiasa dilindungi tuhan. Demi untuk Berjihad, aku Berbangga untuk dia. Back to myself,, ermm, aku tak paham dengan sesetengah orang yang dok kutuk orang lembut and maki2 segala, kata aku pada orang2 macam ni, kau nak orang berubah to be like you la, gagah, but then you cerca bagai? 

kau nak org yang kau marah tu macam mana sebenarnya? org pun ada perasaan. Nak berdakwah tu biarlah dengan cara lembut sikit.. baru berkesan!. 

Tegur bukan maki, itulah kesilapan korang yang membawa kepada kebantutan aku nak berubah kepada yang lebih baik. Tapi bukan semua begitu, ada je yang okay, yang beri kata2 semangat, itulah yang aku panggil sahabat, they know what i feel. and they certainly know what I am at the first place. 

Akhir kata, bak kata org putih 'don't judge a book by it's cover'.
At pull man, 2011.


Meriahhhhh ke tidak! leulzzz. . =P

1 comment:

  1. Kau kene avoid kawan ngan geng2 lembut..same goes to me..aku same la mcm kau..aku tahu apa kau rasa..dulu masa sekolah rendah aku berkawan dgan pempuan je..so aku pon jadi sopan dan lembut..haha..start darjah 4 to 6..aku kawan dengan lelaki.masa kecik aku main bola sepak semua..tapi tak tahu la apasal..aku ne lembut plak..memang benda ne dari kecik..masuk form 1 to 5..kawan2 aku lelaki..tapi sepanjang aku kat sekolah..ramai budak2 sekolah aku kutuk2 aku bagai..aku lembut la, pondan la, bapok la..mcm sial..aku sabar..pendam je..sekarang ne pon bila terjumpa kat shopping mall ke..dorang buat bodoh..hina sangat aku ne agaknya..aku plak sebok2 nak tego dorang..walaupon dorang kutuk2 aku dulu..bila jumpa aku still nak tego sebab aku fikir kawan2 sekolah lama aku..family aku terima aku mcm ne..dulu ada jugak aku kene marah pasal kelembutan aku..hehe, kene kutuk bagai dengan atok aku,depan orang ramai plak tu..aku ne sabar je la..kau pon kene sabar..aku tahu kau kuat..mcm bapak kau cakap 'luar lembut,dlm keras'..skang ne aku tak la lembut sangat..aku pon selalu buat kerja2 kat rumah,mengcangkul la,tambak tanah la..bla..bla..emm..kau kene kuat..aku pon same..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Sama2 datang lagi....

Tak meriahhhhhhzz pantun!